Malang, SeputarMalang.Com – Kolaborasi akademik serantau antara Malaysia dan Indonesia kembali diperkuat melalui jaringan keilmuan Islam.
Pelajar Sarjana Pengajian Islam secara Kerja Kursus, Kulliyyah Usuluddin dan Pembangunan Insan, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) Malaysia, bersama mahasiswa Pascasarjana Universitas Islam Raden Rahmat (Unira) Malang, Indonesia, akan mengadakan ASEAN Forum on Islamic Epistemology and Contemporary Issues 2026.
Berdasarkan release yang disampaikan Pascasarjana, Unira Malang pada hari ini (2/11/2026). Forum ilmiah ini dijadwalkan berlangsung pada 4-6 Disember 2026 bertempat di Unira Malang dan merupakan implementasi dari mata kuliah ISPI7113 Epistemologi Islam di UNIQSAAS.
Dr. Aries Musnandar, Wakil Direktur Pascasarjana, Unira Malang mengatakan bahwa forum ini memiliki tujuan Akademik yang Komprehensif.”

Masih menurut Aries, forum ini memiliki empat objektif utama, yaitu: Menilai keupayaan pelajar menganalisis isu kontemporari dalam Pengajian Islam secara kritis, sistematik dan berasaskan sumber ilmiah; Memperkukuh kemahiran komunikasi akademik, penghujahan dan perbincangan ilmiah dalam kalangan pelajar sarjana; Menggalakkan kerjasama akademik serta pertukaran pandangan antara pelajar UNIQSAAS dan Unira Malang; dan Membina kemahiran kepimpinan, pengurusan forum dan kerja berpasukan dalam pelaksanaan program akademik.
“Program ini memberi ruang kepada pelajar untuk membincangkan konsep epistemologi Islam, sumber ilmu dalam Islam, hubungan antara wahyu dengan akal serta cabaran pemikiran Islam dalam menghadapi perkembangan semasa,’ ungkap Aries.
Asas Pengembangan Program Bersama
Pengarah Program, Muhammad Aiman Hakimi Bin Yahaya dari UNIQAAS, “Melalui program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta mengukur keupayaan pelajar mengaplikasikan ilmu pada tahap pengajian sarjana. Kerjasama antara UNIQSAAS dan Unira Malang juga berpotensi menjadi asas kepada pengembangan program akademik bersama, pertukaran kepakaran dan pengukuhan jaringan ilmu Islam antara Malaysia dengan Indonesia.”
Forum ini akan dilaksanakan dengan format panel berkumpulan yang terdiri dari gabungan 3 pelajar UNIQSAAS dan 1 pelajar UNIRA Malang untuk setiap sesi, lengkap dengan moderator dan ahli panel.










